BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 19, 2010

e-pembelajaran a.k.a pelajaran pintar...

"E-pembelajaran...adalah P&P yang berasaskan internet. Seiring dengan perkembangan dunia global, jaringan teknologi maklumat telah banyak membantu para guru dalam proses P&P..."

Salam semua, sudilah kiranya rakan-rakan semua review artikel ini untuk membantu proses P&P...t.q
http://myais.fsktm.um.edu.my/8453/

5 comments:

wahida ruqayyah mohamad said...

salam... k.Da setuju sgt-sgt P&P dalam ICT. tapi bagaimana pula dengan anak didik kita yang berada di luar bandar???? Adakah mereka boleh mengikuti era GLOBALISASI INI.....

hazlinaomar said...

Pengguna ICT tak dapat dinafikan banyak faedahnya. Tambahan pula dalam proses P&P penggunaan teknologi adalah satu alat tarikan yang sesuai supaya pelajar dapat menumpukan perhatian. Pelajar sendiri akan merasa lebih teuja untuk mempelajari subjek yang menggunakan ICT kerana ianya menyeronokan dan merupakan pengalaman yang baru bagi mereka. Namun begitu, ada beberapa kekangan dalam melaksanakan P&P dengan mengaplikasikan ICT. Antaranya ialah, peralatan iaitu tidak semua sekolah mampu menyediakannya. Kedua, bagi pelajar di kawasan bandar, mereka amat terdedah dengan ICT tetapi tidak bagi pelajar di kawasan luar bandar. manakala guru pula, perlulah berpengetahuan dan terlatih dalam penggunaan ICT ini.

Rajiah Mohd Nazir said...

salam nis.

e-pembelajaran sememangnya tidak dapat dinafikan dapat memberi seribu satu manfaat

kak ji just nak berkongsi sedikit tips yang berguna untuk nis, najib & sesiapa yang memilih untuk belajar menggunakan komputer:

1. Pastikan cahaya lampu / matahari disekeliling anda cukup terang berbanding cahaya skrin monitor. Ini untuk mengelakkan mata anda menerima terlalu banyak cahaya dan akan merosakkan mata.

2. Pastikan kedudukan monitor anda selari dengan mata atau bawah sedikit daripada pandangan mata. Ini bertujuan supaya mata dan juga leher anda tidak cepat letih.

3. Berehat sekurang-kurangnya 15 minit dengan memandang tempat yang jauh selepas menggunakan komputer selama 1 jam. Ini bertujuan mengurangkan keletihan mata dan juga memastikan anak mata sentiasa sihat.

4. Seboleh-bolehnya kerusi yang anda guna selesa dengan badan anda. Meletakkan bantal kecil dibawah punggung anda juga boleh memberi keselesaan jika anda menggunakan kerusi kayu.

5. Pastikan tetikus (mouse) anda selaras dengan tinggi kedudukan anda. Jika kedudukan mouse terlalu tinggi atau rendah, ia akan menyebabkan keletihan pada tangan anda.

Semoga anda dapat menggunakan kemudahan yang telah sedia ada dengan sepenuhnya dan sekaligus meningkatkan mutu pembelajaran anda..

selamat mencuba!
Sekian terima kasih...

MINIE'S BLOG said...

ICT sgt pntg dlm pndidikn. Namun jika guru < mahir, maka pljr ketggln dlm ICT. >2 lg pljr luar bndr. Tapi pljr kt bndr lain cite, meka2 ni ramai sgt yg teror bab ICT ni. Xlh blg ngn jari. Nth2 lg hbt dr guru meka. Yg paling pntg, kemudahan perlu ada di sekolah, guru berpengalaman, tahu gnakan & tnjk ajr pd pljr.

zalida202136 said...

pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT memang memberi banyak manfaat. dengan adanya ICT dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efisen.